aku punya 2014
Thursday, March 13, 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, may Allah bless you all my readers (( lol ada ke ? ))

http://data3.whicdn.com/images/103093809/large.jpg

Syukur ALLHAMDULILLAH, harini hari ke-13 bulan Mac, tahun 2014. Masih mengekalkan skin yang lama kat blog ni sebab aku takde masa nak tukar tukar. Lagi pun dah selesa. Blog hanyalah tempat aku menyinggah kalau bosan and if theres something yang aku nak share but cant be express dalam percakapan. So, kita express kan dia dalam penulisan. Eceh, geli gila ayat.

Tahun ni genaplah umur aku 15. Tapi, the exact date is on 1st April. (( jangan lupa bagi hadiah ))  Tahun ni takde apa apa yang berubah. NURUL QHISTEENA, masih lagi seorang yang pemalas, tak suka bersukan, tak pandai menjahit, tak pandai menyapu, takde cita-cita, semua yang TAK lah senang. Dan aku masih lagi seorang NURUL QHISTEENA yang suka hardcore, suka dengar lagu jiwang, suka tweet jiwang, suka tidur, suka makan, suka baking, suka DUIT, suka selfie, semua lah.

Tahun ni juga, ALHAMDULILLAH sangat sangat sebab kelas aku masih kelas yang sama, 3OMAR. Kelas yang paling heaven, takde lelaki ataupun makhluk pelik yang sukar difahami. Hanya perempuan yang otaknya gila gila tak tertanggung. Sampaikan cikgu pun naik gila sama. Puan Nor Azira as class teacher, Nurul Fatin Ibrahim as class monitor, Zuley as a. class monitor. Nak masukkan gambar kelas tapi takde pulak. Maklumlah, awal tahun, tak bawa benda larangan lagi.

Next is dorm. Actually, sejak tahun lepas dah dapat tahu kita dapat dorm apa. Dan aku orang paling terkejut beruk sebab aku dapat SUMAYYAH. Kau tahu kenapa aku terkejut beruk, cipan, siamang semua? Sebab SUMAYYAh ialah dorm yang memuatkan ramai orang pandai pandai sedangkan aku ialah manusia yang sangat bersederhana dengan MATEMATIK aku yang D. Specifically, SUMAYYAH ni besar dorm dia sepatutnya boleh memuatkan 28 orang, tapi disebab kan dia dijadikan sebagai dorm special wich is dorm budak PANDAI (( kecuali aku )), dia diberi kelebihan. Hanya 16 orang, locker besar and ada meja belajar. I cant get what is the purpose orang masukkan aku dalam dorm tu. First expression aku ialah " ORANG NAK KENAKAN AKU KE ? " Aku tak kesah pun kalau orang nak terkejut beruk sebab aku dapat dorm tu. Cause I know who am I and where am I standing. Kadang kadang rasa macam aku ni rampas hak budak pandai pulak. LOL lagipun bukannya aku pernah tidur kat situ pun. 

Dan aku masih mengekalkan diri aku, tak terikat dengan apa apa hubungan istimewa (( if u know what i mean )) Bukanyya aku tak nak. Tipukan, kalau cakap tak pernah ada rasa macam tu. Nama pun remaja kan ? Just aku rasa ini bukan lah masa yang sesuai. Lagipun aku dah tak terikat dekat perasaan pada siapa siapa. Kalau ada pun, aku tak letak harapan. Bukan apa, ive learnt from the past story. Rasa malu dengan diri sendiri beb sebab tak jadi apa pun. HAPRAK, HABUK pun tarak, HAKTUIH. Aku tak salahkan sesiapa its me yang taruh harapan tinggi sangat. Takpelah, sebab yang tanggung semua aku sorang. Aku suka cara aku. The right guy will do come on the right time. Bukannya aku pasrah terus, cuma nak berhenti jadi manusia terhegeh. To put effort, aku dah stop buat sementara waktu. Inshaa Allah, ada cuma belum datang :)))

Pasal kawan, FRIENDSHIP is the awesome-est things to tell. Tahun ni, SIXEST duduk in group dalam kelas, senang nak gosip, nak study, nak tiru hahahahahaaaaa. That is so US. Kitorang ada future plan. Plan apa, rahsia. Klu dia pasal bisnes lah yang penting. Doakan lah semoga kami diperluas rezeki dan perniagaan tu maju. Just nak cari pengalaman and nak try pegang duit sendiri, Inshaa Allah. Doakan persahabatan kami takkan putus. Memang biasa ada perselisihan faham, tapi semoga perselisihan faham tu dapat selesai dengan penyelesaian paling bijak, adil dan saksama. Diorang lah tempat aku menggedik, menangis, mengepaw. Semoga apa yang kotorang hajatkan tercapai, Aamiin.

Tu jelah, macam dah panjang sangat je aku tulis ni. Bukannya orang nak baca. Dahlah takde gambar. Aku malas nak masukkan. Baru sikit sebenarnya, banyak lagi nak cerita. Tapi aku MALAS. Apa pun , berbahagialah korang untuk tahun ni. Lupa nak cakap, aku dapat cuti daripada hari selasa haritu sampai sabtu ni sebab asrama takde air. HEAVEN gila rasa. Dah lahtu, cukup cukup sudah. Assalamualaikum :)

http://data1.whicdn.com/images/105917730/large.jpg




new past