Hanya Sebuah Bingkisan Hati
Thursday, November 29, 2012, ϟ 0 shout(s)



15 Februari bermulalah kisahnya ,
Sebuah perasaan yang sukar untuk dimengertikan .

Aku dan kau ,
Berbeza jantina ,
Dan tentunya berbeza pemikiran .

Entahlah ,
Perasaan yang sukar dimengertikan itu ,
Kini sudah semakin merebak .

Namun , aku pantas menyedarkan diri ,
Pantaskah aku sukakan dia ,
Patutkah aku terus menyimpan perasaan ini .

Hari demi hari ,
Perasaan ini sudah tidak memberi kerjasama lagi ,
Terus menerus mengasak fikiran ku .

Kadangkala ,
Ia meliar ,
Dan lebih teruk lagi sehingga ,
Menyuruh aku meluahkan perasaan itu ,

Aku positifkan diri ,
'Ini hanya nafsu' , hatiku berbisik ,
Aku harus terus kuat ,
Berlawan dan terus berlawan .

Kini sudah lebih 9 bulan perasaan itu berada di hati ini ,
Sudah cukup lama ,
Lama bagi orang yang masih mentah sepertiku .

Biar tiada yang benar-benar mengetahui ,
Biar tiada yang benar-benar memahami ,
Biar tiada yang benar - benar mendalami ,

Kerana aku masih ada ALLAH ,
Yang benar-benar mengetahui ,
Yang benar-benar memahami ,
Yang benar-benar mendalami .

Cukuplah ALLAH ,
Yang menentukan jodoh dan pertemuan .

Jika mungkin tertulis di Luh Mahfuz ,
Tertulis yang aku memang benar diciptakan dari rusuk kirinya ,
Biarlah ALLAH yang menunjukkan jalan seterusnya ,
Tetapi , jika sebaliknya ,
Aku pasrah ,
Aku redha .










new past