◕‿◕Bank Masa◕‿◕
Sunday, August 21, 2011, ϟ 0 shout(s)

Bayangkan ada sebuah bank
 yang mengkreditkan ke dalam akaun anda
setiap pagi sebanyak RM86 400
Pasti kita sudah kaya , bukan ?
 Tetapi , ia tidak membawa sebarang baki
dari  hari ke hari .
Setiap hari akan ditarik apa yang anda gagal
gunakan sepanjang hari .

Keluarkan setiap sen ? Tentu sekali! Setiap orang mempunyai
bank tersebut .Namanya ialah MASA .
Setiap pagi , ia mengkreditkan 86 400 saat untuk kita.
Setiap malam , ia nyatakan kerugian apa-apa
yang tidak anda gunukan untuk tujuan baik.

Ia tidak memebawa sebarang baki . Ia tidak membenarkan sebarang overdraf .
Jika anda gagal gunakan deposit seharian itu ,
anda menanggung kerugian .
Tiada jalan patah balik .
Anda tidak boleh meminjam dari 'esok'.

Waktu sedanh berlari .Pergunakannya sepenuhnya .
Untuk mengetahui nilai bagi SATU TAHUN ,
tanyalah pelajar yang gagal dalam peperiksaan .

Untuk mengetahui nilai bagi SATU BULAN,
tanyalah ibu yang melahirkan bayi sebelum waktunya .

Untuk mengetahui nilai bagi SATU MINGGU ,
tanyalah penyunting akhbar mingguan ,

Untuk mengetahui nilai bagi SATU JAM ,
tanyalah pasangan kekasih yang menunggu untuk bertemu .

Untuk mengetahui nilai bagi SATU MINIT ,
tanyalah orang yang terlepas tren ,

Untuk mengetahui nilai bagi SATU SAAT ,
tanyalah orang yang terhindar daripada kemalangan .

Hargailah setiap saat yang kita ada ,
Semalam adalah sejarah ,
Esok adalah misteri ,
Hari ini adalah hadiah ,
Sebab itu ia disebut masa kini .












new past